Khamis, 17 Mei 2012

Another Day.....

Assalamualikum w.b.t. Berjumpa lg kite pada hari ini setelah hampir dua bulan x mengupdate, mesti korg rindu kan? haha, respons korg, aq bole agak dah, mungkin ada yang berbunyi cmni, " rindu? Ya Allah, banyk org lg aq nk rindu selain ko, rindu Rasullullah SAW, rindu sahabat2 baginda, rindu kekasih hati, rindu kekasih gelap, n pelbagai lg la, so? buat ape buang masa, tenaga fizikal dan batin merindui ko?' ok2, fine, x rindu aq pon x kesah.haha. Pada hari ini tajuk aq paling suka ingin bincangkan ialah tentang Hari Nakbah. Dah masuk 64 tahun dh bermulanya pengusiran beramai2 rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri oleh Yahudi Lakhnatullah.. Tahukah anda apa ...dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut.
Jadi baru2 ni gempar pula dalam kalangan pengguna Twitter n FB yg mana timbul kesedaran tentang mogok lapar yg dilancarkan oleh tahanan2 Palestin di penjara2 milik YAHUDI LAKHNATULLAH. Mereka mogok sbb mereka ingin memperjuangkan hak mereka. Mereka mahu sistem perbicaraan adil dilaksanakan keatas mereka. Kalo korg nak tau,(kalo yg dh tau senyap2 je la,haha), tahanan Palestin yg berada di penjara2 milik kaum yg dilakhnat Allah ini kebanyakannya ditahan tanpa bicara, tros dihukum(ala2 ISA kite dulu,hehe). Jd mereka bangkit dgn melancarkan mogok lapar ni. Dikatakan bahawasanya mogok ini merupakan mogok yang terbesar dalam sejarah.

Ini merupakan senarai penjara2 tersebut dan berapa hari sudah mogok ini dijalankan.
Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari


Dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia disamping mematahkan usaha media barat mengebumikan kes ini, pihak seperti
https://www.facebook.com/muza.mil.169?ref=tn_tnmn#!/pages/Addameer-Prisoner-Support-and-Human-Rights-Association/82295125199 telah mucul untuk melancarkan satu gerakan solidariti. dngan jayanya, program ini dapat mebuat 2.25 juta pengguna FB menukar Default Picture(org kg aq kt Chegor Galah pggil DP, kalo kg belah bapak plk panggil Profile Picture.hehe). 
inilah die contoh DP nye.

#Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepad...a semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP dalam beberapa jam semalam.

Tahniah juga kepada semua yang telah membuat protes ke atas Israel, menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Sekurangnya kita telah membuat sesuatu untuk mereka.

Sekarang mereka sangat gembira di Palestin dan mereka meraikannya. Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !!

Sesiapa yang belum menunjukkan solidariti, moga Allah memberi peluang lain untuk membantu. Ameen

Teruskan Perang Media dan Perang Doa kita!( copy n paste je)#


Ingatlah wahai follower2 aq(yg x sampai 5 org pon), n viewers blog ni, walaupon tukar DP tu nmpk cm remeh je, tp ketahuilah, sekurang-kurgnye dpt kite tunjukkan sense of awareness tntg apa yg berlaku kpd saudara2 Islam kita disana.Ingtlah Hadis Nabi SAW, 'Sesiapa yg tidak hiraukan sesama Muslim, maka dia bukanlah dari kalangan aq'. jd ape tunggu lg, troskan menyokong! Allahuakbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan